About Us

Istilah “koperasi” boleh dikaitkan dengan perkataan Inggeris iaitu co-operation, yang bermaksud sifat bekerjasama, tolong-menolong atau saling membantu antara individu.
Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya.
Koperasi adalah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi . Biasanya koperasi menjalankan aktiviti perniagaan untuk menjana pendapatan tambahan untuk ahli-ahli.
KOPERASI PEMBANGUNAN UMMAH KELANTAN BERHAD (KO-UMMAH) dimiliki sepenuhnya oleh kaum Bumiputera dan ditubuhkan bagi meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi seperti yang termaktub dalam Undang-undang Kecil koperasi.  Secara keseluruhannya KO-UMMAH  merupakan sebuah koperasi asas yang telah didaftarkan pada 28 FEBRUARI 2014.
Pendaftaran KO-UMMAH telah disahkan oleh Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus (Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dengan nombor pendaftaran D-4-0673
MESYUARAT AGUNG :-        
                                               (a) Permulaan – 5 Januari 2014
                                               (b) Pertama – 29 Januari 2016
                                               (c) Kedua – 23 Februari 2017
Nama pendaftaran asal KOPERASI PEMBANGUNAN UMMAH KELANTAN BERHAD adalah berdaftar sebagai KOPERASI HARTANAH ANAK KELANTAN BERHAD dimana fungsi penubuhan utama ialah tertumpu kepada hartanah dan perumahan. Namun begitu setelah meneliti semula fungsi selepas beroperasi, kami telah sepakat untuk menukarkan nama KO-UMMAH dengan nama baru iaitu KOPERASI PEMBANGUNAN UMMAH KELANTAN BERHAD. Pada masa yang sama berlaku juga perubahan pada fungsi koperasi selaras dengan fokus perancangan koperasi pada masa kini iaitu KEPENGGUNAAN.
Fungsi utama yang dijalankan oleh KO-UMMAH adalah kepenggunaan. Fungsi pengguna adalah untuk membantu anggota-anggotanya mendapatkan barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. KO-UMMAH menjalankan perniagaan seperti peruncitan dan pemborongan, pembinaan rumah kediaman, pembangunan hartanah, menjalankan aktiviti jualan emas dan simpanan emas, perkhidmatan pengiklanan,  menjalankan aktiviti kebajikan dan sebagainya.

Comments