Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kehadrat Ilahi kerana majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-3 Ko-Ummah telah berjalan dengan jayanya..
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Menteri Besar Kelantan iaitu YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yaacob dengan kehadiran beliau yang penuh terhormat..terima kasih kami ucapkan kerana sudi hadirkan diri ke AGM Ko-Ummah.
Tidak lupa juga kepada anggota2 Ko-Ummah yang hadir pada majlis AGM semalam, kami ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memeriahkan majlis kami..tanpa anda, siapalah kami..
Segala kekurangan dan kelemahan pada majlis tersebut, kami dahulukan dengan memohon maaf dan kami sedaya upaya akan berusaha perbaiki segala kelemahan yang ada..berharap pihak tuan/puan tidak berputus asa menyokong kami untuk kami terus maju ke depan..
Terima kasih semua..
Comments